<-- -->

Free Web Hosting : Free Hosting : Troubled Teens : Report Abuse

KEPENTINGAN MENGINGATI NAMA ORANG

(Importance Of Remembering People's Names)

 

CHAPTER 1

 

Terdapat kata-kata dalam kisah ‘Romeo dan Juliet’ oleh William Shakespeare yang begitu terkenal "What's in a name? That which we call a rose by any other name would smell as sweet." Tetapi adakah ini benar? Mungkin ia adalah benar tentang benda-benda yang tidak bernyawa atau yang bukannya manusia. Tetapi adakah ia benar bagi manusia yang bernyawa dan berakhlak? Dale Carnegie pula telah mengemukakan suatu idea yang amat berbeza dalam “If You Don’t Do This, You Are Headed For Trouble”, Bab 2: Bahagian 3, bukunya yang bertajuk “How To Win Friends And Influence People.”

 

 

INTISARI IDEA PENGARANG

 

Jim Farley telah mengatakan bahawa (Carnegie 1981, How To Win Friends And Influence People: 76-77): orang pada amnya adalah lebih berminat dalam namanya sendiri berbanding dengan kumpulan semua nama di dunia ini. Ingatlah nama itu dan sebutkannya dengan senang, dan anda telah secara tidak langung memberi suatu pujian kepada orang itu. Tetapi, dengan melupakan atau menyalah ejakan nama itu, anda telah meletakkan diri anda dalam kesukaran.

 

            Kepentingan mengingati nama, merupakan idea yang dikemukakan oleh Dale Carnegie kerana ‘nama merupakan kepunyaaan seseorang yang paling penting di seluruh dunia ini’. Idea ini boleh dipraktikkan dalam pelbagai situasi kehidupan.

 

Dalam situasi korporat, Carnegie (1981: 79) telah mengambil pedoman Benton Love yang menjalaskan: Satu cara yang efektif untuk menjadikan majikan besar berasa lebih selesa adalah untuk mengingati nama mereka. Jika seseorang pegawai mengadu bahawa dia tidak pandai mengingati nama orang, pada masa yang sama dia sedang memberitahu saya bahawa dia tidak boleh mengingati suatu bahagian yang amat penting dalam perniagaannya, dan beroperasi dalam situati yang genting.

 

Nama menjadi kebaggaan seseorang sehingga dia akan melakukan apa sahaja untuk memperbesarkan namanya. Oleh itu dalam situasi politik terdapat suatu perkara yang mesti selalu diingati (1981: 82): “To recall a voters name is statesmanship. To forget it is oblivion.”

 

Dalam situasi-situasi harian pula, is masih adalah amat penting untuk mengingati nama seseorang. Ini adalah kerana (1981: 83):

We should be aware of the magic contained in a name and realize that this single item is wholly and completely owned by the person with whom we are dealing… and nobody else. The name sets the individual apart; it makes him or her unique among all others. The information we are imparting or the request we are making takes on a special importance when we approach the situation when the name of the individual.”

 

            Prinsip yang ditekankan oleh Dale Carnegie adalah mengingati bahawa nama seseorang adalah pada orang tersebut bunyi yang paling manis dan terpenting tidak kira bahasa pertuturannya.

 

 

CONTOH-CONTOH YANG DIBERI OLEH PENGARANG

 

1)         PERNIAGAAN

 

Berdasarkan kepada kisah kejayaan Andrew Carnegie yang terkenal dengan gelaran “Raja Besi” walaupun sebenarnya beliau hanya mempunyai sedikit pengetahuan sahaja mengenai industri besi. Beliau mempunyai bakat dalam mengurus iaitu kemampuan yang penting bagi seseorang pemimpin dalam mencipta kejayaannya. Beliau juga memberikan perhatian terhadap nama seseorang atau pelanggangnya.

 

Ketika menjalankan urusniaga dengan George Pullman yang mana Andrew Carnegie telah mencadangkan menamakan syarikat kerjasama mereka “Pullman Palace Car Company” sempena nama Pullman. Ini telah memeriahkan George Pullman dan perbincangan yang dilakukan oleh mereka seterusnya telah merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah perindustrian di Amerika.

           

2)         PEMEMPIN POLITIK ATAU WAKIL RAKYAT

 

Sebagaimana yang dilakukan oleh Jim Farley tatkala membantu membawa Franklin D. Roosevelt menduduki rumah putih yang mana semasa kempen pilihanraya Roosevelt berbulan-bulan sebelum itu beliau menghantar surat kepada rakan-rakannya. Apa yang mengkagumkan, setiap hari beratus-ratus pucuk surat dikirimkannya kepada mereka itu yang berada di seluruh Amerika. Walaupun senarai nama sangat panjang sehingga mengandungi beribu-ribu nama, setiap orang yang tersenarai itu masih akan menerima surat peribadi daripada Farley dan setiap surat itu bermula dengan ungkapan panggilan nama pertama orang tersebut, serta diakhiri dengan tandatangannya sebagai ‘Jim’ sahaja. Ini menunjukkan tanda merendahkan dirinya serta hormat kepada orang-orang yang dia telah temui.

 

Roosevelt telah menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana telah memenangi hati masyarakat melalui kebolehan dirinya dan juga atas usaha Jim Farley sebagai ketua kempennya yang berdaya mengingati nama seramai lima puluh ribu orang.

 

 3)         SITUASI SEHARIAN

 

Ken Nottingham, seorang pegawai eksekutif General Motors di Indiana, biasanya mengambil sarapan tengahharinya di kantin majikannya. Dia telah perhatikan bahawa perempuan yang berkerja di kaunter tersebut selalu bermuram muka. “Dia telah menyediakan sandwich selama dua jam dan saya hanya merupakan sekeping sandwich lagi kepadanya. Saya memberitahunya apa yang saya ingini. Dia telah mengukur berat ham atas satu skala kecil, memberi saya satu daun lettuce, beberapa batang kentang goreng dan memberinya kepada saya.”

 

Pada kesesokkan harinya. Ken telah melalui barisan yang sama dalam kantin tersebut dan melihat perempuan bermuka masam yang sama. Hanya satu kelainannya adalah, dia telah melihat tag namanya dan mengucapkan “Hello Eunice” sambil tersenyum, dan memberitahunya apa yang dia ingini.  Eunice memberinya lebih banyak ham tanpa mengukur beratnya, 3 daun lettuce, dan banyak pentang goreng sehingga terjatuh dari pinggang.

 

4)         MELAYAN ORANG

 

Karen Kirsch dari Rancho Palos Verdes, California telah bekerja sebagai pramugari untuk TWA. Dia telah mendapati bahawa ia amat praktik untuk mengingati nama-nama orang-orang yang menaiki pesawatnya, dan menggunakan nama mereka apabila melayani orang-orang tersebut. Hasilnya dia telah memperolehi banyak pujian daripada pelanggan-pelanggan TWA secara peribadi dan juga melalui TWA. Salah satu surat yang telah diterima TWA kerananya berbunyi begini, “I haven’t flown TWA for some time, but I am going to start flying nothing but TWA from now on. You make me feel that your airline has become a very personalized airline and that is important to me.”

 

 

CARA MENGINGATI NAMA SESEORANG

 

Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara tetapi melibatkan proses penumpuan pemikiran dan masa untuk melakukannya. Kita perlu menyebut nama seseorang yang baru dikenali berulang-ulang kali dalam minda dan mengecamnya pada muka orang itu sehingga kita ingat. Satu lagi cara adalah untuk menulis nama seseorang tersebut dan mengulangi proses pertama. Dengan ini kita boleh melihat nama itu, mendengar nama tersebut berulang-ulang kali, dan merasakan bunyi dan cara pertuturan nama tersebut di atas lidah kita semana menyebutnya berulang-ulang kali. Mungkin kita boleh menyimpan sebuah buku nota kecil untuk menulis (secara diskrit) nama orang baru yang ditemui dan sedikit tentang peribadinya yang kita perolehi dari pergaulan. Seterusnya membaca semula nota tersebut dan mengingati perkara-perkara penting.

 

 

KESIMPULAN

 

Kebolehan mengingati nama merupakan satu anugerah. Tidak semua orang mampu mengingati dengan baik nama-nama orang yang pernah ditemui dan dikenali oleh mereka. Namun semua itu mampu diusahakan, bak kata pepatah “Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”

 


 

KEPENTINGAN MENGINGATI NAMA ORANG

(Importance Of Remembering People's Names)

 

CHAPTER 2

 

KEPENTINGAN NAMA DARI SEGI AGAMA

 

            Adalah tidak wajar bagi seseorang bapa memanggil anak-anaknya dengan nama jolokan yang hina seperti ‘si pendek’, ‘si bisu’, dan sebagainya. Surah al-Hujratayall ada menjelaskan hal ini yang bermakduh: ‘Jangan kamu memanggil dengan gelaran yang buruk’

 

            Dalam kepercayaan Cina, Hindu dan Kristian juga, pemberian nama adalah amat penting kerana pemberian nama yang salah boleh menyebabkan penyakit ditimpa seseorang itu dan sebagainya . Oleh itu, kadang-kala hanya dengan menukar nama seseorang anak yang sakit, anak tersebut boleh sembuh, begitu juga apabila seseorang anak itu menjadi anak angkat kedapa keluarga yang lain. Penukaran nama keluarga mungkin juga memerlukan penukaran nama peribadi supaya ia bersempadan (http://custance.org/Library/Volume9/Part_IV/chapter1.html).

 

            Pada masa dahulu, kanak-kanak orang Kristian yang meninggal dunia sebelum dibaptis dengan nama Kristian, tidak boleh dikebumikan di tempat sama dengan orang-orang lain yang telah dibaptis, kerana meragu jika orang-orang yang tidak dibaptis ini mempunyai roh. “They were believed to pass into an indistinct region of existence called Limbo, about which very little is "known".”(http://custance.org/Library/Volume9/Part_IV/chapter1.html)

 

Lin Shan, seorang pengkaji dalam persoalan nama ini telah mendalami aspek psikosomatik nama dan membuat kesimpulan bahawa

"...a name will have an implicative impact upon a person's mentality in an invisible philosophical manner.  A child's intelligence and spirit, [is] lodged with the meaning of the words which make up the child's name...As the child...listen[s to], writes and remembers his own name, his character and emotions will be unconsciously changed or moulded by the meaning inherent in his name"

(http://www.otago.ac.nz/deepsouth/index.html)

 

 

KEPENTINGAN NAMA DALAM PELBAGAI MASYARAKAT DAN CARA PEMILIHAN NAMA DILAKUKAN

 

Nama seseorang itu pada amnya tidak dipilih secara sambil lewa. Dalam pelbagai tradisi dan kebudayaan pemilihan nama anak adalah perkara yang diberi keberatan oleh ibubapa. Di dalam budaya Cina dan budaya India (http://www.himalayanacademy.com/) serta budaya-budaya lain, nama itu memainkan peranan dalam menentukan masa hadapan atau destiny seseorang.

 

Dalam budaya Cina, pemilihan nama mesti berdasarkan lime prinsip: 1) Mesti mempunyai makna yang baik (terutamanya yang mengambarkan kekayaan dan kebaikkan-diri), dan nama-nama yang mungkin membawa konotasi negatif mesti dihindari; 2) Mesti kedengaran merdu apabila diucapkan; 3) Mempunyai pengiraan matematik yang baik. Berkenaan numerology; 4) Mesti berharmonis dengan yin dan yang; 5) Mesti memiliki satu dari lima unsur besi, air, kayu, api dan udara. (http://www.chinatown-online.co.uk/pages/culture/customs/index.html)

 

Dalam budaya India atau Hindu pula, nama dipilih mengikut tarikh dan masa seseorang itu dilahirkan yang menentukan Nakshatra orang tersebut. Setiap constellation mempunyai abjad-abjad Sanskrit yang tertentu, contohnya Ra, Ri Ro, Sa, Se, So, dan sebagainya. Ini menjadi bunyi pertama memulakan nama anak itu. Setiap abjad mempunyai nombor tersendiri, dan nombor nama ini mesti berpadan dengan nombor kelahiran. Oleh itu kadang-kala nama yang berbunyi sama mempunyai ejaan yang berbeza kerana ejaan dipilih berdasarkan abjab-abjad yang nombornya paling sepadan dengan nombor tarikh lahir anak itu.

 

Nama-nama juga dipilih dengan menamakan anak itu sempena nama tuhan atau sempena orang yang dihormati dan dikagumi. Kadang-kala juga dipilih sempena peristiwa atau situasi yang mengelilingi kelahiran orang tersebut. Ini banyak dilakukan dalam semua budaya.

 

Melihatkan proses-proses kompleks yang dilalui hanya untuk memberi nama kepada seseorang. Kepentingannya mesti jelas diperlihatkan.

Di sini diterangkan serba sedikit di mana situasi untuk mengingati nama-nama ini perlu diamalkan juga diterangkan sedikit di mana situasi tersebut perlu dielakkan. Ianya adalah sebagaimana berikut:-

 

 

SITUASI DI MANA IDEA TERSEBUT PERLU DIAMALKAN

 

1)         PEMIMPIN

 

Penting bagi seorang pemimpin untuk mengngati nama-nama orang yang berada di bawah kepimpinannya, seperti penghulu mengingati  nama-nama penduduk di mukin yang diwakilinya, wakil rakyat mengingati dan mengenali penduduk di kawasan yang diwakilinya begitu juga dengan seorang menteri. Ini kerana, dengan mengingati nama serta mengenali mereka dengan baik, seseorang pemimpin itu lebih dihargai dan disukai oleh orang-orang yang berada di bawah kepimpinannya.

 

Sifat terpuji ini dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut:-

i) Hassan al- Banna seorang pemimpin agung bagi umat Islam yang menyanjunginya, dikatakan beliau mampu mengingati nama setiap orang yang pernah berjumpa dengannya.

 

ii) Rasulullah pemimpin agung seluruh umat ini, sebagai contoh tauladan yang baik, baginda sentiasa mengati nama-nama sahabat baginda, dan mengenali mereka yang berada di bawah kepimpinannya sehinggakan menjelang saat akhir kematiannya, baginda masih lagi teringat kepada umatnya.

 

 

2)         KENALAN ATAU SAHABAT

 

Ramai di antara kita menghadapi situasi sukar untuk mengingati kembali nama rakan-rakan yang sudah lama tidak dihubungi apatah lagi rakan itu bukan kenalan rapat. Alangkah baiknya sekiranya semua orang dapat mengingati nama sahabat-sahabatnya walaupun sahabat itu kenalan yang baru pertama kali ditemui dan dikenali. Dengan ini, sudah tentu kita akan lebih dihargai

 

3)         PENGURUS

 

Cerita rakan saya tentang pengurusnya: Pengurus tersebut telah membina satu jadual dengan semua nama pekerja bawahannya termasuk juga nama isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama mereka. Lebih menarik lagi dia amat prihatin tentang diri pekerja-pekerjanya, tentang keluarga mereka, siapa anak mereka, tarikh lahir dan tarilh peperiksaan anak-anak pekerja mereka. Setiap kali menjelang hari-hari penting seperti ulangtahun dan hari lahir serta apabila menerima khabar tentang kejayaan anak pekerjanya, beliau akan memberi hadiah atau sekurang-kurangnya kad ucapan. Hasilnya mereka amat setia kepada pengurus tersebut. Dia amat disenangi dan disayangi oleh seluruh staffnya. Mereka selalu berusaha untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna serta cuba menyelesaikan semua masalah yang timbul sebelum sampai ke meja pengurus tersebut.

  

4)         GURU

 

Penting bagi seseorang guru mengingati nama-nama anak muridnya demi menjalankan tugas pengajarannya dengan lebih berkesan, seterusnya mendapatkan penghotmatan pelajar. Jika seseorang guru itu tidak dapat mengingati nama pelajarnya, pelajar akan terasa dirinya kurang penting atau beranggapan bahawa guru tersebut tidak mengambil berat tentang kejayaan atau kegagalannya. Ini tidak menggalakkan motivasi pelajar dan tidak mendorongnya untuk berjaya. Tetapi jika seseorang guru itu mengingati nama pelajarnya tanpa menggunakan buku rekod sebagai rujukan, pelajar tersebut akan merasakan dirinya penting dan bermakna kepada guru tersebut. Dia akan berasa bangga kerana guru tersebut mengambil berat tentang dirinya sebagai seseorang individu dan insan yang dihormati juga.

 

5)         SAUDARA MARA

 

Kita harus mengenali dan mengingati nama saudara mara kita, tidak kira saudara mara yang jauh atau yang dekat. Sudah tentu jika perkara ini diusahakan kita mampu mengeratkan dan memperkukuhkan lagi tali silaturrahim yang telah terjalin.

 

6)         PERNIAGAAN ATAU AHLI PERNIAGAAN

 

Dapat kita bayangkan, sekiranya seseorang peniaga itu dapat mengingati dengan baik nama pelanggannya, latar belakang mereka, dan sentiasa berhubungan dengan mereka, sudah tentu perniagaan yang dijalankan oleh mereka berjalan dengan maju dan sudah tentu juga pelanggan-pelanggan ini selesa untuk berurusniaga dengannya. Mengingati nama pelanggan akan memberi lebih ‘human touch’ kepada perniagaan tersebut. Pelanggan akan rasa dirinya dihargai, bukan sahaja sebagai suatu sumber kewangan tetapi juga sebagai kawan, oleh perniaga tersebut dan lebih cenderung untuk pulang ke perniaga dan perniagaan tersebut apabila memerlukan sesuatu yang diniagakan olehnya.

 

 

SITUASI DI MANA IDEA TERSEBUT PERLU DIELAKKAN

 

1)         KAEDAH MENGUMUMKAN KEPUTUSAN

 

Apabila mengumumkan sesuatu keputusan peperiksaan, terutamanya pada tahap kolej atau universiti, nama tidak lagi perlu digunakan, sebaiknya gunakanlah nombor matrik atau pengenalan lain bagi penuntut. Mungkin pada tahap persekolahan, penggunaan nama sebagai dorongan mendapat keputusan yang lebih baik untuk mempertahankan maruahnya masih boleh berjaya. Tetapi pada tahap Universiti adalah diharapkan bahawa penuntut itu menjadi pendorong dirinya sendiri untuk berjaya tanpa dipaksa kerana namanya yang tercatat. Pada tahap itu, dia tidak patut memerlukan paksaan begitu sebagai motivasi untuk menjayakan diri.

 

            Pada tahap persekolahan juga, pelajar tidak suka melihat namanya dikecil-kecilkan walaupun dia gagal. Stigma sebagai seorang pelajar yang bodoh atau lemah adalah susah untuk dilepaskan oleh pelajar tersebut dan orang lain. Dirinya akan dikeji oleh pelajar sekelasnya, walaupun dia benar-benar berusaha untuk berjaya, kerana dia gagal juga. Ini mungkin mengakibatkan ‘reverse psychology’ di mana dia memang menganggap dirinya lemah dan tidak cuba berusaha. Pelajar yang mempunyai harga diri yang lemah lebih cenderung berlagak macho dan berkata bahawa dia tidak pedulikan kegagalannya, daripada benar-benar cuba mengatasinya, kerana tidak ingin dilabel sebagai bodoh.

 

2)         PERISIK UNTUK POLIS ATAU SAKSI

 

Adalah bahaya untuk mendedahkan nama sebenar orang yang memberikan maklumat tentang sesuatu jenayah kepengetahuan umum. Oleh itu nama ‘informant’ tersebut biasanya dirahsiakan. Bagi orang-orang yang menjadi saksi kepada kes-kes yang melibatkan penjenayah yang kejam, berpengaruh dan sebagainya, mereka akan diletakkan dibawah program keselamatan saksi atau ‘Witness Protection Programme’.

 

            Atas alasan yang sama, pegawai-pegawai polis juga diletakkan sebagai penyeludup atau ‘undercover cop’ kerana tahap risiko dan bahaya yang dihadapi olehnya. Mereka menggunakan nama samaran dan identiti pinjaman kerana:

a)      Jika identity sebenarnya diketahui, pegawai polis tidak mampu mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk mendakwa orang tersebut.

b)      Ingin menjamin keselamatan dirinya, keluarga dan orang-orang yang disayangi. Oleh itu kadang-kala bukan sahaja nama pegawai polis itu ditukar, tetapi bagi tempoh masa yang diperlukan seluruh aspek kehidupannya akan ditukar untuk disesuaikan kepada imej yang ingin dibentuk. (Lampiran 2)

 

3)         MENYAMPAIKAN GOSIP ATAU KRITIKAN

 

Gossip merupakan satu hobi orang yang amat buruk, terutamanya pada kaum wanita. Apabila menyampaikan khabar angin kepada orang lain, terutamanya jika kebenaran cerita tersebut tidak diketahui, sebaiknya gunakan nama samaran atau langung tidak menggunakan nama orang-orang yang terlibat. Ini kerana, maruah orang itu akan jatuh berkecai jika gossip tersebut memang tidak benar tetapi diketahui dan dipercayai oleh orang ramai. Ini merupakan ‘defamation’ dan boleh didakwa di mahkamah jika khabar angin itu mencederakan maruah dan memburukkan nama baik seseorang.

 

Gossip serupa fitnah, berupaya merobohkan hubungan baik antara kawan-kawan, melukakan pertalian suami-isteri, dan memecahkan keluarga. Pada peringkat korporat pula, ia boleh menggurangkan kepercayaan pelanggan dan penyokong terhadap firma, jika terdapat khabar angin buruk tentang firma tersebut. Artis-artis pula mendapat kurang sokongan peminatnya jika namanya diburuk-burukkan, walaupun merupakan cerita rekaan. Lagenda Matsuri yang telah difitnah dan dihukum bunuh menunjukan betapa padahnya khabar angina dan gossip. Langkawi telah disumpah tujuh keturunan dalam kesengsaraan akibat daripada peristiwa tersebut.

 

Imej adalah penting untuk orang-perseorangan, keluarga, perniagaan dan sebagainya. Kalau orang mampu berbelah bagi terhadap kepercayaannya terhadap Tuhan, Agama dan Nabi-nabi atau khabar-khabar angin tentang nabi sebagai homoseksual dan sebagainya, apatahlah lagi gossip tentang orang-orang yang biasa seperti diri kamu dan saya?

  

4)         SUPAYA TIDAK MENYINGUNG PERASAAN ORANG

 

Terdapat pelbagai situasi di mana adalah tidak sesuai untuk menyebut nama-nama orang tertentu. Contohnya: apabila berada dalam suatu perhimpunan orang Yahudi, adalah lebih baik untuk tidak menyebut nama Adolf-Hitler agar tidak mengingati mereka tentang keganasan yang dihadapi orang Yahudi di bawah kekejaman Hitler.

 

            Ataupun, selepas sahaja berlakunya serangan 11 September, nama Osama Bin Laden menjadi perkara yang begitu sensetif untuk disebut sehingga orang yang malangnya mempunyai nama “Osama” membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap pengganas dan orang itu yang tidak bersalah pula menjadi sasaran tidak langsung tunjuk perasaan rakyat yang geram dan membenci terhadap Osama.

  

5)         INTERNET

 

Apabila menggunakan internet, seseorang itu mesti berwaspada terhadap komunikasi kita dengan pengguna internet yang lain. Walaupun orang itu tidak boleh melihat muka pengguna lain, ia tidak semestinya selamat untuk memberi nama penuh kerana bagi seseorang ‘hacker’ dia mampu memperolehi banyak maklumat tentang diri seseorang itu hanya dengan mengetahui nama penuh orang tersebut dan juga tempat tinggalnya.

 

6)         SESETENGAH PEKERJAAN/SITUASI

 

Dalam sesetengah jenis pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang, terutamanya jika kerja itu dianggap tidak begitu senonoh walaupun sah di sisi undang-undang. Orang itu lebih selesa dengan penggunaan nama samaran supaya dia berasa selamat semasa dia tidak bekerja. Ini adalah kerana dia tidak mahu klien-klien memperolehi maklumat peribadinya, atau mengganggu dirinya dan keluarganya.

 

            Pusat-pusat perkhidmatan di mana orang awam boleh membuat panggilan telefon untuk memberi tahu masalah tentang produk yang dikeluarkan, juga memberi nama samaran kepada telefonis mereka. Ini adalah kerana ada klien-klien yang cepat marah dan sebagainya. Penggunaan nama samaran adalah untuk mengingatkan pekerja pusat-pusat tersebut bahawa klien itu marah tentang produk dan syarikat tersebut dan bukan terhadap telefonis itu sendiri.

 

            Sesetengah situasi juga mendorong seseorang menggunakan nama samaran, contohnya apabila seseorang itu mempunyai masalah dan memanggil pusat-pusat pertolongan. Walaupun dia inginkan pertolongan dia mungkin masih menggunakan nama samaran kerana tidak ingin jatuh air mukanya, dan juga takut jika terdapat pekerja-pekerja di situ yang mengenalinya atau keluarganya.

 

 

KESIMPULAN

 

Oleh itu, nama adalah sesuatu yang amat penting kepada seseorang dan tidak patut digunakan dalam cara-cara yang boleh menjejaskan reputasi seseorang itu. Nama adalah simbol kemegahan, dan menghancurkan nama seseorang adalah seperti menghancurkan diri seseorang itu.

Terdapat pelbagai contoh dalam situasi-situasi seharian yang menyokong tesis Dale Carnegy tentang kepentingan nama terhadap seseorang.

 


 

KEPENTINGAN MENGINGATI NAMA ORANG

(Importance Of Remembering People's Names)

 

CHAPTER 3

 

 

CONTOH-CONTOH TERPILIH DARIPADA PENGAMATAN SENDIRI

 

1)         PANGGILAN HORMAT

 

Dalam situasi kekeluargaan : saya, sebagai anak kepada Jegathesan dan Shanti, memanggil ibubapa saya Amma atau Papa. Ini adalah sebagai tanda hormat dan sayang terhadap mereka. Tetapi ia adalah dilihat sebagai tidak menghormati ibu-bapa apabila memanggil mereka menggunakan nama sebenar. Serupa juga apabila ingin memanggil saudara-mara yang lebih tua. Secara lazimnya saya memanggil semua datuk dan nenek saya Appu atau Achi, dengan sedikit kelainan menurut umur mereka contohnya, datuk yang tertua saya panggil ‘Periaappu’ (Datuk besar/tertua), dan datuk yang termudah sekali saya panggil ‘Chinnaappu’ (Datuk muda). Pacik dan Macik saya pula saya panggil ‘Mama’ atau ‘Mami’ bergabung dengan istilah ‘Peria’ atau ‘Chinna’ dan sebagainya yang menunjukkan uratan kelahiran.

 

2)         NAMA PENGARAN/ARTIS

 

Apabila memilih buku cerita, saya selalu memilih buku-buku dari pengarang yang saya gemari. Oleh itu nama pengarang tersebut adalah penting diketahui, supaya saya tahu bahawa kemungkinan besar saya akan sukakan certia tersebut kerana ditulis oleh pengarang yang saya gemari. Bila membeli buku teks dan rujukan juga saya mendapat informasi tentang pengarang yang paling baik dalam sesuatu bidang itu, jadi nama pengarang amat penting supaya saya memperolehi buku itu dengan lebih senang.

 

            Serupa juga apabila saya memilih bahan musik yang saya ingin dengarkan. Saya akan memilih rekod-rekod dari kumpulan-kumpulan dan artis-artis yang saya gemari. Apabila saya inging menonton wayang, saya juga membuat pilihan atas pelakon-pelakon yang berlakon di dalam wayang tersebut. Jadi adalah penting saya mengetahui nama pelakon itu.

 

3)         GELARAN-GELARAN

           

Sesetengan orang dalam masyarakan pula diberi gelaran berdasarkan pangkat, jasa dan kebaktian yang telah disumbangkan seperti Prof., Dato’, Tan Sri, dan sebagainya. Sewajarnya kita selaku orang bawahan yang menghormati mereka berdasarkan pangkat tersebut, kita mesti memanggil orang-orang itu menggunakan pangkat yang dianugerahkan tersebut. Sebagai contoh Yang Berbahagia Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad. Hanya jika kita merupakan ahli keluarganya atau sahabat karib boleh kita memanggilnya ‘Mahatir’ sahajan, tetapi dalam situasi formal semua orang mesti memanggilnya dengan gelaran hormatnya itu, ‘Yang Berbahagia Dato Seri Dr. Mahathir’.

 

4)         SITUASI HARIAN

 

Kerap kali apabila saya berjalan-jalan di bandar, saya terjumpa kawan-kawan lama dari sekolah dan sebagainya. Terdapat beberapa peristiwa di mana, walaupun orang tersebut mengingati nama saya, saya pula tidak mengingati namanya. Ini melahirkan perasaan serba-salah di dalam diri saya. Saya akan cuba menghindar dari menyebut namanya dan berharap dia tidak akan kesan yang saya tidak mengingati namanya.

 

            Pada suatu hari bila menaiki LRT saya terjumpa dengan kawan sekelas lama. Dia telah mengucapkan ‘Hi Sai Bhanu!’ dan kami telah bercakap untuk beberapa minit sehingga sampai ke destinasi kami. Akan tetapi semasa pergaulan tersebut saya tidak menyebut namanya langsung. Selepas sahaja saya menyebut “Goodbye” dan dia mula beredar, dia pusing balik dan bertanya “Do you remember my name?” Saya terkaku untuk sesaat dua sebelum menjawab “Of course I know you’re Arthivalli!” Selepas itu dia tersenyum dan beredar dari situ.

 

            Dalam pengalaman saya, orang biasanya berasa lebih gembira apabila saya mengingati nama mereka, terutamanya bagi orang-orang yang jarang berjumpa dengan saya.

 

CONTOH-CONTOH TERPILIH MELALUI PEMBACAAN

 

1)         KISAH NABI

 

Jika kita perhatikan dan baca serta menghayati kisah-kisah sejarah para pemimpin terdahulu, situasi sebegini tidak berlaku. Contoh yang terbaik dapat kita perolehi daripada diri Rasulullah dan para sahabatnya semasa zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin. Rasulullah S.A.W merupakan pemimpin agung seluruh umat ini, sebagai contoh tauladan yang baik, baginda  sentiasa mengingati nama-nama sahabat baginda, dan mengenali mereka yang berada di bawah kepimpinan baginda sehinggakan menjelang saat-saat kewafatannya, baginda masih lagi teringat kepada umatnya.

           

Dalam kesakitan menghadapi sakratul maut, Rasulullah berdoa semoga timpakan kesakitan maut ini hanya kepadanya dan jangan kepada umatnya. Jibrail tersentak, air matanya serentak menitis. Begitu agungnya peribadi kekasih Allah. Dalam detik yang paling tenat dan menyeksa, bukan kepentingan dirinya yang diminta. Kepentingan umatnya yang didahulukan. ( Harakah, 1-15 Julai 2002: 20 )

 

2)         CERITA MARY

 

Cerita Mary merupakan satu cerita yang amat mengkagumkan (Cerita keseluruhan dilampirkan: lampiran 1). Mary mempunyai sejarah keluarga yang amat malang dan kesannya tingkahlaku anti-sosial dan homicidal terhadap kanak-kanak lain. Mary telah dihantar ke Sekolah Ortogenik Sonia Shankman di Universiti Chicago.

 

            Di sekolah tersebut Mary mula mengecat. Gambar pertamanya seakan-akan secara kebetulan mengambarkan dirinya sendiri. Dia telah mengatakan bahawa gambar itu adalah dirinya dan seterusnya mengatakan "It's just any girl. . . a girl without a name."   Suatu gambaran yang muram bagi seorang anak kecil.

 

            Lama-kelamaan dalam tempoh tiga tahun rawatannya, dia secara tiba-tiba mula sembuh di bawah penjagaan guru-guru yang bersabar dan berkasih sayang. Pada satu hari dia telah berkata secara sepontan "Let's start the world all over again." Dia menukar nama yang mereka memanggilnya dan mengambil sebuah nama baru. Kepada dirinya, dia tidak lagi seorang yang tak bernama. Dia tidak memiliki nama lamanya. Di dalam minda-keanak-anakkanya, dia merupakan personaliti yang berbeza sama sekali dan ini memerlukan penggunaan nama yang baru.

 

Bruno Bettelheim telah menghuraikan, "she gave birth to herself as a new person in the form of an infant…” Mary telah secapa sepontan menyamakan pemilikan nama baru dengan pemilikan personality baru, dan juga tersara bahawa dengan personaliti barunya dia memerlukan nama baru. (Bettelheim, Bruno, "Schizophrenia, A Case Study," di Scientific American, April, 1952, p.32, 34.)

 

3)         NAMA SEBAGAI SIMBOL IDENTITI

 

Nama biasanya menjadi simbol identity seseorang. Tidak semestinya orang itu mengekalkan nama lahirnya. Pihak perempuan biasa menukar namanya apabila berkahwin kerana mengambil nama suaminya.

 

Pelakon-pelakon dan penyanyi-penyayi terkenal juga menukar nama mereka kepada nama yang lebih berbunyi glamour seperti Catherine Jones yang menambah kepada namanya menjadi Catherine Zeta Jones selepas menjadi pelakon terkenal.

 

            Penanding gusti terkenal, Heavyweight boxer Casius Clay (http://www.himalayanacademy.com/), telah memeranjatkan dunia pada tahun 1967 by dengan proklamasi bahawa dia telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammed Ali. Cat Stevens pula menjadi Yusuf Islam.

 

            Siddharta Gautama telah digelar Gautama Buddha selepas mencapai illuminasi atau enlightenment. Narendranath Dutt pula dinamakan Swami Vivekananda.

 

Evelyn White telah menyimpulkannya sebagai “To change the name is to change a nature: to know a name is to achieve a measure of control over the one named.” Mengubah nama adalah pengubahan diri seseorang, mengetahui makna nama diri sendiri adalah untuk memperolehi lebih kuasa terhadap diri dan destinasi diri.

 


 

KEPENTINGAN MENGINGATI NAMA ORANG

(Importance Of Remembering People's Names)

 

CHAPTER 4

 

 

Penilaian keseluruhan kumpulan terhadap idea pengarang dalam bab tersebut

 

Idea yang telah dikemukakan oleh Dale Carnegie ini adalah sebuah idea yang amat penting dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Ramai orang mempunyai masalah untuk mengingati nama orang-orang lain, dan adakalanya ibubapa juga boleh terlupa atau tersilap kata nama anak-anaknya sendiri. Kami tahu bahawa ramai orang juga harapan diri mereka mempunyai lebih kuasa dalam mengingati nama-nama orang lain tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukan sedemikian.

 

            Contoh-contoh yang dikemukakan oleh Dale Carnegie juga memperlihatkan situasi-situasi yang kita alami dalam interaksi seharian. Ini menjadikan masalah mengingati nama orang-orang lain seperti sesuatu yang tidak sukar untuk diatasi, kerana hanya melibatkan raptai pengulangan, penulisan dan masa bagi melatih minda kita untuk mengingati nama-nama orang lain.

 

            Jelas bahawa idea-idea dalam bab ini boleh digunakan oleh semua orang dalam pelbagai situasi. Kami juga akan cuba melatih diri menggunakan langkah-langkah yang telah dikemukan di dalam bab ini untuk mengingati nama orang-orang lain dengan lebih baik.

 

            Sebagai ulasan, kami menganggap bahawa bab ini boleh menjadi pedoman seharian kita apabila berinteraksi dengan orang-orang baru, dan orang-orang yang kita tidak selalu menemui. Jika dapat dipraktikkan, kami pasti bahawa interaksi kita dengan orang-orang lain, termasuk mereka yang kita jarang melihat, akan berjalan dengan lebih lancar, dan lebih selesa.


RUJUKAN:
REFERENCES

Carnegie, Dale. 1981. How to win friends and influence people.

(That's the main reference book used for this paper, aside from the internet references that have been stated along the entire text.)

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN


 

LAMPIRAN 1

THE STORY OF MARY

 

A FEW YEARS ago a little girl was released from a mental institution in Chicago whose history is rather remarkable. (1)

     This little girl, Mary, was virtually an orphan. Her father had died soon after her birth, and her mother became melancholic and lost all interest in her child, failing to train her in any way whatever, and then died when Mary was three years old. Some relatives who took her were appalled by her antisocial behavior and homicidal attacks on other children. Finally, when the situation became desperate, Mary, now nine years old, was placed in the Sonia Shankman Orthogenic School in the University of Chicago.

     In this school Mary began to paint, and though initially she did so with a peculiar anxiety, for the first time in her life she came to enjoy something. Her first picture seemed to be almost an accident but she described it as herself ‹ and then added immediately, "It's just any girl. . . a girl without a name."   "Nameless" ‹ what a pathetic picture for a child to have of herself.

     Much later in her three-year period of treatment she began suddenly to recover under the patient and very loving care of the teachers. One day she said, quite spontaneously, "Let's start the world all over again." Then she changed the name by which they had been calling her and took a new name.

     To herself, the girl was no longer nameless. Nor had she the old name. In her child-like mind she was entirely a different personality and this required a new name. In an extraordinary way, as Bruno Bettelheim describes it, "she gave birth to herself as a new person in the form of an infant. This process was accompanied by a long series of drawings."

     Exactly what the nature of such a transformation is, it is difficult to say. What does stand out, and what is to be noted in the light of what follows in this paper, is that she not only spontaneously equated the possession of a name with the possession of personality but also felt that a new personality required a new name. Christian experience has some remarkable parallels here. . . .

 

  1. Bettelheim, Bruno, "Schizophrenia, A Case Study," in Scientific American, April, 1952, p.32, 34.

 

 


 

LAMPIRAN 2

http://www.presswise.org.uk/index.htm

Ethical Topics

 

 


 

 

 

AGE

References to AGE in Codes of Conduct of Journalists’ Unions (except where stated otherwise) in the following countries:

Belarus:

Offences against the Personal Honour and Dignity

The following may be classified as offences against the personal honour and dignity:
- if a journalist publishes information which, although corresponding to reality, has no social importance, offending the honour and dignity of an individual.
- if a journalist presents a citizen or a group of citizens in an unfavourable light in relation to their sex, age, racial or national appurtenance, language, profession, place of living or relationship to religion.

Lithuania:

21. The journalist shall not humiliate or mock at the individual's family name, race, nationality, religious convictions, age, sex or physical deficiencies even in the case such individual has committed a crime.

Sweden:

16. If a person's name is not to be stated, refrain from publishing a picture or particulars of occupation, title, age, nationality, sex, etc., which would enable the person in question to be identified.

 

 

 


 

LAMPIRAN 3

http://www.otago.ac.nz/deepsouth/index.html

Review - Lin Shan 'What's In A Chinese Name'

Singapore: Federal Publications, 1995.  200 + iv pages


 

 Deepsouth v.5.n.2 (Summer 1999)

Copyright (c) 1999 by Jyh Wee Sew

Jyh Wee Sew - University of Otago, Department of Linguistics

 All rights reserved.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

The major part of this book is a list of about 900 Chinese characters that have been selected as being particularly favourable from which to choose personal names.  Wu Teh Yao in the foreword stresses that, "In the Chinese-speaking world the choosing of names for a person is all and everything - from cradle to grave and long ever after" (iii).  This point is further reinforced when Lin cites the Chinese saying, "One is not afraid to be born with a bad destiny, but to be given a bad name".  (This point is most saliently captured in the movie 'The Blade' where the orphan called 'black head' was eager to know if her real name was mentioned in the charred manuscript, the only thing salvaged from her burnt-down house)  As a reason for the importance of Chinese personal names, Lin delves into the psychosomatic: "...a name will have an implicative impact upon a person's mentality in an invisible philosophical manner.  A child's intelligence and spirit, [is] lodged with the meaning of the words which make up the child's name...As the child...listen[s to], writes and remembers his own name, his character and emotions will be unconsciously changed or moulded by the meaning inherent in his name" (3).  In comparing Western names with Chinese names, Lin feels that western names are like mass produced clothes because names like Elizabeth, Lucy, Martin, or Mary are readily available and can be selected, so to speak, off the shelf.  On the other hand, Chinese names are like custom-made clothes because they are selected after much thought from a rich resource of Chinese characters (4).

The book offers suggestions when deciding on a Chinese personal name.  I group these into three main categories: the pleasant, the convenient, and the advantageous.  The first dictates that a Chinese name should be auditorily and visually pleasant; the second emphasises the ease with which a Chinese name may be written and recalled; and the last requires that a name should be should aspire to be propitious and have good connotations (4).

A Chinese name when spoken should be clear and when written it should be elegant.  The sound of a name is highly important as it determines the impression made on someone else when one is introduced to them.  A well-written Chinese name is also crucial in sending the right semiotic signals.  According to Lin, free flows in a Chinese signature can induce a feeling of ease and gentility.  It is also important to select a Chinese name which is easily remembered, unique yet not outlandish, as the name could be associated with the person's physical disposition while alive (6).

A good reason why a Chinese name should have good connotations could be exemplified by the name, Wu Chai Fatt.  Wu is the surname while Chai and Fatt form the personal name.  The personal name denotes wealth (Chai) and surge (Fatt) hence together they come to mean ' a surge of wealth'. Unfortunately this sound symbolic meaning of Chai Fatt is negated by the surname Wu, which has the meaning 'without', thus bringing the prosperous personal name back to zero.  Examples of a good Chinese name can easily be found in the movie world.  Chen Long who is better known as Jackie Chan is an excellent name.  The first designates the meaning of 'become' and the second denotes 'dragon'. And indeed the person characterised by this name turns out to be a dragon in Chinese cinematography.

Contrary to the traditional Chinese belief that Chinese surnames have come from the period of Three Emperors and Five Kings (2550 B.C.), Lin expounds the view that the origin of Chinese surnames can be traced to a much earlier period during the time of matriarchal society.  This is shown specifically in the character for Chinese surname which is a compound of two individual characters, i.e., woman and birth (16).

This book provides two and half pages of single-word surnames and 18 double word surnames in Chinese.  This followed by over a hundred pages of Chinese characters arranged alphabetically from A-Z, in Hanyu Pinyin.  (Hanyu Pinyin is the phonetic system used to romanise Chinese characters)  Each entry of a Chinese character is supplied with its English equivalent.  Not only will a non-Chinese reader find such layout helpful, but it also aids those Chinese who speak but not write Chinese.  The latter could thus transcribe the words into Hanyu Pinyin and then zoom into the character log to decide if it looks or sounds enticing based on the visual and audio criterion discussed above.

I particularly enjoyed reading the chapter on 'Your Name and Your Animal Sign' (145-152).  This section presents the Chinese zodiac signs and the appropriate name-words that work in tandem with good fortune.  A person's zodiac sign together with the right personal name could enhance one's life. Lin's explanation is convincing, at least to many Chinese, and qualifies as a semiotic guide par excellence.

The next section (154-200) provides Chinese equivalents of English names. This quick name log functions as a good resource for those Chinese speakers who have zero knowledge of the Chinese language.  As such, this section is a reminder of the phenomenon of language shift and language loss in Chinese.  Contrary to the general linguistic belief that Chinese is a widely spoken language hence safe from language attrition, the younger generation of Chinese immigrants in English speaking countries becomes the statistics of Chinese language loss.  I think the book is very handy especially to overseas Chinese who knew lesser spoken and/or written Chinese by the year.  As each Chinese character comes with an English equivalent and a Hanyu Pinyin representation, the book is useful to students of Mandarin as a second or foreign language.

Acknowledgment

I thank Prof. Wolfgang Ahrens for his comments to this review although I am
solely responsible for the content of the review.